Cerita hari ini..
Sedang-sedang membelek laporan..
Dapat panggilan dari ejen insurans dapat link dari syarikat perbankan..
Memandangkan mood elok hari ni jadi bersetuju untuk mendengar sesi promosi jualan produk insurannya..
Insurans untuk kemalangan kecil/besar/bencana alam..dengan Kos RM40 sebulan
Setelah dah dengar 'marketing nyer' dengan kusyuk.. akhirnya
Mama : "Tak pe lah dik terima kasih yer, tapi akak tak berminat"
Ejen : boleh saya tau kenapa yer Puan tak berminat
Mama : saya dah ada personal insurans
Ejen : boleh saya tahu insurans apa yang Puan dah pakai?
Mama : owh saya pakai Prudential BSN dengan medic card je.
Ejen : Tahniah untuk Puan sebab sudah melindungi diri dengan insurans.. TAPI Puan insurans kami ini bagus juga sebagai Topup plan..
Mama : x pe lah dik akak dah bayar yang ni x mampu dah nak tambah lagi
Ejen : Ok sekarang Puan bayar berapa?
Mama : sikit je RM 120 je sebulan
Ejen : Ok jadi sebab itu Puan tidak berminat dengan produk kami yer. Kami tahu Puan telah ada insurans tapi insurans kami lebih baik dari yang Puan ada. (Tanpa mengetahui polisi insurans saya)
Mama : Aik..apa maksud awak lebih baik? Insurans awak cuma cover untuk kemalangan dan saya dicover dengan medical kad + simpanan + pelaburan awak kata tak bagus?
Ejen : "dah x tau dia membebel apa"
Penyudahnya :
Mama: Macam ni lah dik.. awak ni nak jual produk awak..sepatutnya awak markupkan produk awak.. bukan memburukkan produk sedia sy pakai yer..tq.. pap letak
Moral of da story:
1. Jangan jawab fon call dari ejen insurans lagi (seperti kebiasaan)
2. Ejen insurans belajar untuk terima hakikat kalau customer x berminat dengan produk awak.
3. Pinjam ayat dari kawan : Produk yang bagus mesti dicari.. produk yang x bagus akan cari pelanggan..